Gelagat banduan di dalam sel penjara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Lawatan keluarga penghuni penjara pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada Hari Raya ketiga dan keempat bagisemua Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Jabatan Penjara Malaysia berkata, semua lawatan di institusi-institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua.

Menurutnya, perjumpaan itu boleh dilakukan secara bersemuka dan dalam talian (online/ video call).

Kaedah secara dalam talian bermula pada 5 hingga 7 Mei ini.

Manakala keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
3.1 Waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

3.2 Membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sample dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

3.3 Pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

3.4 Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni. Makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara.

3.5 Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Islam sahaja.

3.6 Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara. Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan.

3.7 Pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara.

3.8 Seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.

3.9 Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja. Terdapat tiga kaedah tempahan iaitu:
i. Sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my
ii. Panggilan telefon di institusi berkenaan dan
iii. E-mel atau surat ke institusi berkenaan.
3.10 Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat. – MalaysiaGazette