Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan . Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang akan dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan berhubung satu tangkap layar ciapan di akaun Twitter tular yang mengandungi kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam melalui media sosial.

“Akan dipanggil …(merakam keterangan),” katanya secara ringkas ketika dihubungi tanpa mengulas lanjut mengenai hari dan waktu pemimpin politik itu akan dipanggil untuk tampil membantu siasatan polis dalam kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukit Aman siasat ciapan Kit Siang

Beliau berkata demikian selepas disoal sama ada bekas pemimpin DAP itu akan dikenakan siasatan berhubung kenyataan kontroversinya di Twitter baru-baru ini.

Abd. Jalil berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 dari JSJ akan mengendalikan siasatan kes tersebut.

Lewat malam tadi, Abd Jalil dalam kenyataannya mengesahkan Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap satu ciapan di Twitter mengandungi kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam melalui media sosial yang berbunyi yang berbunyi “will the houses of the Prime minister and Ministers of Malaysia be set on fire by angry protestors as happened in Sri Lanka last week? ”.-MalaysiaGazette