Foto Sabah FC.

KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 penyokong Sabah dijangka membanjiri Stadium Likas malam ini untuk menyaksikan perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tiket dalam talian serta fizikal dilaporkan sudah habis dijual.

Sebanak 3,000 tiket telah dijual secara fizikal semalam namun ia dilaporkan sudah habis dijual dalam tempoh sejam sekaligus mengecewakan ribuan penyokong yang telah beratur sejak pukul 3 pagi.

Setiap penyokong cuma boleh membeli sebanyak dua keping tiket sahaja dan Sabah FC turut mengumumkan skrin besar akan dipasang di padang sintetik bersebelahan Stadium Likas untuk mereka yang tidak berkesempatan memiliki tiket perlawanan.

Lebih menarik, pengurus pasukan Sabah, Marzuki Nasir bersama para pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Park Tae-Su dan Khairul Fahmi sempat turun padang memberikan air kepada para penyokong setia yang sedang beratur.

Ong Kim Swee. Foto Facebook Sabah FC.

Sabah kini berada di kedudukan kedua Liga Super dan hanya dipisahkan satu mata dengan JDT yang masih mengungguli takhta liga setakat ini.

Perlawanan di antara dua pasukan teratas ini dijangka berlangsung sengit apatah lagi mereka masih belum tewas dalam lima perlawanan terakhir.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee berharap sokongan padu peminat bola sepak di Stadium Likas menjadi pembakar semangat kepada anak buahnya untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata.

“Kita tidak boleh terlalu memikirkan mengenai kemenangan. Apa yang penting adalah kekal fokus dan berdisiplin ketika kita bermain sepanjang perlawanan nanti,” katanya kepada media. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast