KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil untuk mengharungi inflasi yang kini membebankan banyak negara, selain gangguan rantaian bekalan akibat pandemik serta perang Russia-Ukraine menekan kehidupan manusia sejagat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, krisis global yang dihadapi kini cukup mencabar dan menguji kemampuan dalam bertindak.
Menurutnya, Malaysia pernah berdepan krisis kejatuhan harga minyak yang amat teruk bermula tahun 2014.
“Alhamdulillah kita berjaya mengendalikan krisis berkenaan dengan baik kerana memiliki kerajaan stabil. Begitu juga krisis-krisis ekonomi yang berlaku sebelumnya berjaya kita kendalikan dengan teratur, sekali gus mengurangkan impak langsung kesan krisis terhadap kehidupan masyarakat,” katanya di sini.
Kejayaan Malaysia melalui krisis global sebelum ini kerana negara mempunyai pentadbiran kerajaan mampu bergerak seiringan sebagai sebuah pasukan.
Katanya, kelewatan mengembalikan kestabilan akan menyulitkan usaha Malaysia dalam mengharungi cabaran semasa. – MalaysiaGazette
macam mana kerajaan nak STABIL kalau pemimpin2 utama dan gelagat kepala OTAK mereka pun TIDAK STABIL….REBUT JAWATAN/PROJEK KOMISEN KRONI dan RASUAH MEMBARAH…buatlah pilinraya berpuluh kali pun TIADA makna selagi mereka berada dipersada politik dan komuniti