Peguam, Hisyam Teh Poh Teik hadir ke Mahkamah Persekutuan pada prosiding rayuan akhir yang melibatkan anak guamnnya, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kes sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2022.

PUTRAJAYA – Setelah hampir dua jam, Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membuat ketetapan menolak permohonan Hisyam Teh Poh Teik yang mahu menarik diri dari mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Lima panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam nada tegas ketika membacakan penghakimannya berkata, permohonan Hisyam tidak dapat diterima sebaliknya beliau kekal sebagai peguam mewakili bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun Tun Maimun kemudian bertanya jika Hisyam boleh menyambung hujahnya dalam prosiding rayuan akhir namun peguam itu enggan membuat sebarang penghujahan.

Mahkamah kemudian meminta pendakwaan membuat penghujahan terlebih dahulu.

Prosiding rayuan akhir kini bersambung dengan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram memulakan hujahnya ketika ini.

Panel hakim sebelum ini berhenti rehat sekitar pukul 10.08 minit pagi tadi dan hanya kembali bersidang pukul 11.55 pagi.

Terdahulu ketika prosiding, Hisyam pada saat akhir cuba merayu supaya beliau diberikan masa sekurang-kurangnya tiga bulan bagi beliau mengkaji bagi memberi hujah rayuan berkesan namun ianya masih ditolak mahkamah.

Keputusan itu juga menyebabkan Hisyam membuat ketetapan untuk menarik diri dari mewakili Najib dalam kes tersebut walaupun Tun Maimun masih cuba memujuknya untuk tidak menarik diri.

Hisyam turut mengakui sepanjang kariernya selama 45 tahun ini, tindakan itu yang paling menyedihkan dirinya.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir dengan alasan pasukan peguam baharunya memerlukan lebih masa untuk mengkaji kes berkenaan dan membuat persiapan.

Najib melalui peguamnya akan mempertahankan dirinya bersandarkan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada tujuh tuduhan menyeleweng dana SRC.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan akan mengemukakan rayuan terakhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mahkamah tolak tangguh kes, Hisyam mahu tarik diri wakili Najib

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Ramai yang menyokong 1000% tindakan Hisyam untuk menarik diri, bukan Hisyam sahaja malah disarankan keseluruhan pasukan pembelaan untuk berbuat demikian!

    Ramai juga tertanya2 alasan kukuh kenapa pihak mahkamah menolak permintaan Najib untuk melantik QC untuk mewakilinya????

  2. Bilamana pihak pembelaan mahu memasukkan bukti2 baharu mereka menolaknya? Sepatutnya eloklah dengar dahulu hujahan2 mereka. Ini belum dengar dah tolak???

    Bunyi macam kelakar?

  3. Diatas nama keadilan, hak asasi manusia, Najib sepatutnya diberikan hak dan kebebasan untuk melantik QC untuk mewakilinya!

    Eloklah dengar dahulu hujahan2 QC ini, ini belum apa2 lagi dah tolak mentah2?

  4. Ketua Hakim suami dia penyokong tegar Mahathir…siap boleh masuk mahkamah rekod prosiding lagi..Hakim Sofian Razak ditukar alasannya abg dia org UMNO…so apa beza abang Hakim Sofian dengan suami Ketua Hakim??? Ketua Hakim sepatutnya tarik diri…En. Hisham…tarik diri jaa…jgn layan mrk ni

Comments are closed.