KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut merakam ucapan takziah kepada keluarga diraja, rakyat dan kerajaan United Kingdom (UK) atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Najib dalam Facebooknya hari ini berkesempatan memuatnaik gambar Almarhum bekas Perdana Menteri kedua yang juga ayahandanya, Tun Abdul Razak bersama-sama mendiang Ratu Elizabeth II.

“Takziah kepada Keluarga Diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

“Kami mengimbas kembali kenangan lawatan beliau ke Malaysia dan kemurahan hatinya sebagai tuan rumah semasa pertunangan kami dahulu.

“Ratu akan dirindui oleh semua orang di United Kingdom dan di seluruh dunia. Dunia berkabung bersamamu,” katanya yang dikongsikan di Facebook beliau, hari ini.

Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada hari Khamis.

Baginda memerintah Britain selama 70 tahun, menjadikan beliau pemerintah monarki paling lama.

Seluruh negara itu akan berkabung selama 10 hari  sebagai penghormatan terakhir buat baginda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast