Takiyuddin bersama Wan Rosdy meyiram pokok Merawan Siput Jantan sempena Program Penanaman Pokok dan Pengayaan di Tasik Chini, Pahang di bawah Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Pekan hari ini.

PEKAN –  Kerajaan Pahang telah menanam sebanyak 4.9 juta pokok sempena Kempen Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta pokok yang disarankan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pahang semakin hampir sasaran lima juta  dalam kempen berkenaan.

“Pahang telah menaman 4.9 juta, saya kira ia satu gerak cukup berstrategik oleh kerajaan negeri ini manakala sehingga hari ini, lebih 40 juta keseluruhan dalam negara telah berjaya ditanam,” katanya.

“Hari ini sebanyak 1,000 pokok daripada pelbagai spesies hutan telah ditanam. Saya turut berkesempatan meninjau keadaan dan usaha-usaha pemulihan yang sedang giat dilaksanakan di sekitar kawasan Tasik Chini.

Menurut statistik, Takiyuddin berkata, sebanyak 40.023 juta pokok ditanam di seluruh negeri setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Status Tasik Chini tak terjejas, UNESCO cuma beri saranan – Takiyuddin

Sukarelawan KILAU UMP tanam 400 pokok di Tasik Chini

Peruntukan RM1 juta bagi pemulihan bekas lombong Tasik Chini – MB

Kerja pemuliharaan Tasik Chini sudah capai 80 peratus – MB

Bagaimanapun, katanya, masih ada negeri kurang aktif dalam penanaman kempen penghijauan Malaysia.

“Ada negeri kurang aktif, justeru pihak kementerian dan Jabatan Perhutanan Negeri akan menyusun program supaya lebih aktif bagi menjamin sasaran itu tercapai,” katanya.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata demikian sempena Program Penanaman Pokok dan Pengayaan di Tasik Chini, Pahang di bawah Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, kementeriannya sentiasa menyokong komitmen dan usaha berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara dan memulihara kawasan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

Pelbagai inisiatif sedang diambil oleh kerajaan Pahang untuk menambah baik dan mengukuhkan pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini termasuk mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

Selain inisiatif mewartakan Hutan Simpanan Kekal Chini, kerajaan negeri melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu, menghentikan aktiviti melombong dan mengukuhkan tadbir urus Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini. – MalaysiaGazette