Hasni Mohammad (kiri) menyatakan sesuatu kepada Ahmad Maslan pada majlis Perasmian Mesyuarat Puteri UMNO Pontian, di Pontian, Johor.

PONTIAN – Barisan Nasional (BN) Johor berharap agar bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu wajar dipilih mewakili BN kerana beliau memegang peranan penting dalam parti selain berpengalaman luas.

“Saya percaya kita tentunya hendakkan Naib Presiden UMNO yang salah seorang dari Johor supaya dapat diberi peluang bertanding sekali lagi dalam PRU kali ini.

“Khaled Nordin patut diberi peluang bertanding kerana beliau merupakan Naib Presiden UMNO,” katanya ketika ditanya mengenai calon BN yang akan membuat penampilan semula pada PRU15 selepas majlis Perasmian Mesyuarat Puteri UMNO Pontian, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled yang bertanding di Parlimen Pasir Gudang tewas kepada Hassan Abdul Karim (PKR) pada PRU-14.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang turut tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan majoriti 8,746. – MalaysiaGazette