Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Kelab berprestij, Johor Darul Taa’zim (JDT) berjaya mencipta satu lagi rekod tanpa dalam sejarah Liga super selepas menewaskan Sabah 3-0 di Stadium Sultan Ismail dalam aksi terakhir musim ini malam tadi.

JDT kali pertama melakukannya pada 2016 dan pada saingan 2020, kelab milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut tanpa kalah namun ketika itu liga cuma 11 perlawanan kerana pandemik Covid-19.

JDT sudah pun disahkan sebagai juara MSL buat kali kesembilan berturut turut lebih awal namun bagi Sabah FC, hasrat untuk merebut slot Piala AFC turut berkecai.

Sabah hanya menamatkan saingan di tangga ketiga  musim ini di belakang Terengganu.

Buat masa ini mereka terlepas ke slot AFC namun jika JDT atau Terengganu menjadi juara Piala Malaysia, Sabah akan mara dengan status pasukan ketiga dalam Liga Super musim ini.

Foto Facebook Johor Southern Tigers.

Pada aksi malam tadi,  JDT mendapat gol pertama daripada penyerang Bergson Da Silva, yang menyambar hantaran Arif Aiman Hanafi bagi mengukuhkan lagi statusnya sebagai penjaring terbanyak musim ini.

Pada minit ke-39, Arif Aiman melakukan gol berkelas dunia daripada sepakan percuma luar kotak penalti. Itu adalah gol ke-3 Arif Aiman dalam saingan Liga Super musim ini.

Bersambung babak kedua, JDT menambah derita pelawat Sabah apabila Bergson melakukan libasan gunting yang menakjubkan untuk menewaskan Damien Lim untuk menjadikan kedudukan 3-0 buat tuan rumah pada minit ke-55.

Keputusan kekal hingga tamat perlawanan yang memboleh JDT menamatkan musim Liga Super 2022 penuh gemilang dan merayakan kejayaan itu dengan sambutan bunga api bersama lebih 34,000 penonton di dalam stadium. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.