Pesawat Koran Air tersasar landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Mactan, Cebu, Filipina. Foto: Twitter shay
CEBU, Filipina – Sebuah pesawat Airbus, A330-300 milik Korean Air tersasar landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan di Cebu, Filipina malam tadi.

Penerbangan KE63 yang berlepas dari Lapangan Terbang Incheon, Seoul itu membawa 173 penumpang dan tiada kecederaan dilaporkan, kata syarikat penerbangan itu seperti dipetik agensi berita, Yonhap.

Menurut satu kenyataan, kemalangan berlaku ketika cuaca buruk.

Katanya, terdahulu pesawat tersebut cuba mendarat sebanyak dua kali dan pada percubaan ketiga jam 11.07 malam ia tersasar landasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast