Khairuddin Abu Hassan (kiri) bersama Johari Abdul Ghani, Khalid Samad dan Dr Rosni Adam selepas disahkan pencalonan mereka bagi kerusi Parlimen Titiwangsa pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa beliau sebagai calon underdog tidak akan menggunakan sebarang provokasi sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15.

Calon Parlimen Titiwangsa ini sebaliknya mahu bertanding dengan semangat kekeluargaan dan persahabatan.

“Saya juga sudah arahkan ejen kempen saya supaya tidak menggunakan apa-apa provokasi atau serangan peribadai kerana ia bukan strategi saya untuk menang pada PRU ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Lagipun menurut beliau, dua lagi pencabarnya – Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN) dan Khalid Abdul Samad (PH), dua-duanya adalah sahabat karib beliau.

”Saya akui bahawa saya akan masuk ke sini sebagai calon ‘underdog’. Saya tak bawa nama besar.

“Saya juga tiada nama jadi kita akan bekerja keras untuk terus mendekati seramai mungkin pengundi walaupun kita sudah bekerja sejak dua tahun lalu,” ujarnya.

Khairuddi berkata, antara agendanya ialah memberi fokus dan teras perjuangan Pejuang dalam isu pemgambilan tanah Kampung Baru, pengambilan tanah Sungai Baru, isu strata, perparitan banjir, masalah juvana dan Program Perumahan Termiskin (PPRT),” jelasnya.

Kerusi Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Johari, Khairuddin, Khalid serta seorang calon tunggal wanita dari Pas mewakili Perikatan Nasional, Dr Rosni Adam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast