Bekas tentera, M. Raman di temu ramah sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika di sekitar Taiping, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

KAMUNTING – Rakyat hanya mahu kestabilan dan segala yang dijanjikan itu ditepati tanpa sebarang alasan malah mandat serta kepercayaan yang diberikan melalui undi itu perlu dihargai oleh semua ahli politik tidak kira parti mana.

Bekas tentera, M. Raman yang sudah mencecah usia 65 tahun berharap setiap ahli politik yang menang pilihan raya tidak taksub dengan kuasa dan duit hingga terlupa menjalankan amanah.

“Rakyat percayakan anda (wakil rakyat) dan menjadikan anda sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan mengundi kamu. Kerana duit, kamu sanggup lompat sana sini. Ini tidak bagus untuk pengundi dan rakyat.

“Ahli politik perlu membela dan berjuang nasib rakyat, kerana itu juga anda dipilih mereka. Kamu perlu lawat mereka, tanya isu mereka dan cuba selesaikan dalam tempoh lima tahun mereka berkuasa. Jangan ambil rasuah, perlu mempunyai perwatakan bersih bukan ambil duit di belakang kami untuk kepentingan sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Kata warga emas itu, beliau sedih kerana terdapat rakyat sering menjadi mangsa kepada wakil rakyat yang mementingkan diri sendiri.

“Saya sedih dengan segelintir ahli politik yang mencuri dan menyeleweng duit rakyat. Mereka langsung tidak peduli dengan nasib generasi akan datang.

“Saya juga tidak gemar dengan wakil rakyat rasuah, kita hendak yang baik-baik sahaja. Kerajaan bersih, perlu fikir tentang masa depan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast