Lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Toyah empat tahun lalu. Foto 9News Queensland

SYDNEY – Seorang lelaki telah ditahan di India berhubung pembunuhan seorang wanita muda yang ditemui mati di pantai Australia

Mayat Toyah Cordingley, 24, ditemui pada Oktober 2018, dipercayai akibat serangan “kegilaan dan kejam dan sadis”.

Awal bulan ini, kerajaan Queensland memberikan ganjaran A$1m (£563,000; AS$676,487) untuk mendapatkan maklumat.

Ia membawa kepada penahanan Rajwinder Singh – lelaki yang dituduh membunuh Toyah.

Polis Queensland berkata, lelaki ini ditangkap di New Delhi dan dijangka akan diekstradisi tidak lama lagi untuk menghadapi prosiding jenayah.

Pesuruhjaya Ppolis Queensland, Katarina Carroll yakin pihaknya mempunyai kes yang kukuh untuk dikemukakan di hadapan mahkamah.

Singh, yang bekerja sebagai jururawat, meninggalkan pekerjaannya, isteri dan tiga anak mereka apabila dia melarikan diri dari Australia beberapa jam selepas mayat Toyah ditemui.

Kelibatnya di kesan di lapangan terbang antarabangsa Sydney.

Toyah dilaporkan pergi ke Pantai Wangetti, antara kawasan tumpuan pelancong popular Cairns dan Pelabuhan Douglas, bersama-sama anjingnya pada 21 Oktober 2018, tetapi tidak pernah pulang ke rumah.

Mayatnya ditemui oleh bapanya pada keesokan harinya, separuh tertimbus di beting pasir.

Awal bulan ini pihak berkuasa Australia merayu bantuan orang ramai untuk mengesan suspek. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast