KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao meninggal dunia pagi tadi.

Difahamkan, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ramesh dikenali kerana aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini terutamanya kaum India.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), beliau pernah bergiat dalam politik bersama DAP. – MalaysiaGazette