Pas DAP PASrelief
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – PASRelief akan digerakkan bagi membantu rakyat Turkiye dan Syria yang terjejas akibat kejadian gempa bumi yang berlaku semalam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, usaha itu sudah bermula dan satu gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah dibentuk untuk menyelaras bantuan bencana gempa bumi dengan kadar segera.

“Semoga Turkiye, Syria dan warga kedua-dua negara berkenaan dilindungi dan dirahmati Allah SWT,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa kejadian gempa bumi yang terburuk dalam sejarah bencana alam di Turkiye dan Syria.

Dilaporkan, gempa bumi dengan magnitud 7.8 skala Richter tersebut telah meragut lebih 3,800 nyawa setakat ini dan lebih 13,293 mangsa lagi dilaporkan cedera manakala usaha pencarian mangsa masih dijalankan.

Kejadian itu turut mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda, bangunan dan kediaman di wilayah – wilayah yang terkesan akibat kejadian tersebut seperti di Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adiyaman, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Sanliurfa. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.