Temu Anwar
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Rakyat terutamanya golongan muda berpeluang untuk bertanya soalan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program Temu Anwar pada 19 Mac ini.

Memetik hantaran dalam laman Facebook rasmi beliau hari ini, program dialog bersama anak muda itu bermula pada pukul 3 petang di Dewan 6 dan 7, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Program yang dilaksanakan sejak 2009 itu bakal menyaksikan kelainan kali ini kerana buat julung-julung kalinya, ia diadakan setelah Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Untuk kali ini, Temu Anwar akan diadakan bersama dengan program Forum dan Eksposisi Pemerkasaan Anak Muda 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,” jelas hantaran tersebut.

Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Program dialog anak muda bersiri yang sinonim dengan Anwar itu turut disiarkan secara langsung.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui laman sesawang temuanwar.com dan pendaftaran adalah terhad. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Assalamualaikum saya nk bertanya Dato seri, boleh kah saya bertemu dengan dato seri? Soalnya saya dah lama nk bergambar dgn dato tpi still tk dpt hahaha

Comments are closed.