Dr. Zulkifle Ali Al-hafiz

PEKAN –  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan mengambil  tindakan tegas kepada umat Islam yang tidak berpuasa dalam bulan Ramadan.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata, tindakan juga akan diambil kepada peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Umat Islam di Pahang perlu hayati Enakmen 11 Kesalahan Jenayah Syariah 2013 berikutan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang ingkar dan melakukan perbuatan yang bercanggah,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Katanya, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Katanya pada tahun lalu, sebanyak empat kes telah dikesan dan diambil tindakan penerusi peruntukan undang-undang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast