KUALA LUMPUR – Sejak bila perbuatan menyorokkan maklumat berkenaan jenayah untuk kepentingan peribadi tidak lagi dikira sebagai satu jenayah, soal pemerhati politik Lim Sian See.
Beliau mengulas kenyataan sumber yang mendakwa tiada tindakan akan dikenakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan selepas wanita itu memulangkan wang sebanyak AS$10 juta dan aset yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.
Semalam, sumber berkata, kesemua wang dan aset tersebut dipulangkan pada tahun lalu selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.
Kata sumber itu, siasatan suruhanjaya itu mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana itu dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang disalurkan oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner.
Artikel berkaitan:Â SPRM masih siasat kes Rohana
PDRM tunggu perkembangan siasatan SPRM ke atas Rohana
Rohana sudah jumpa SPRM, janji beri kerjasama
Disebabkan itu, siasatan terhadap Rohana telah selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya.
Leissner beli rumah AS$10 juta untuk kekasih di Malaysia guna wang 1MDB
“Pulangkan duit US$10 juta (RM45 juta) sudah settle ke?,” tanya Sian See lagi.
Dalam hantaran di Facebooknya, beliau memetik kenyataan Tim Leissner di mahkamah.
Leissner adalah bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs yang terlibat dalam skandal penyelewengan dana 1MDB.
Dalam kenyataan itu, Leissner berkata, Rohana dikatakan mengugutnya dan mahu membocorkan rahsia penglibatan dengan 1MDB pada tahun 2013.
Leissner rasa takut kerana isu 1MDB semakin hangat dibincangkan, lantas dia membelikan Rohana sebuah rumah mewah berharga AS$10 juta (RM41.85 juta) di London, sebagai ‘pampasan’ untuk Rohana menutup mulut. – MalaysiaGazette
Samalah kes suami Zeti Aziz…pulangkan duit..settle…lepas ni kalau dah merompak sape2..pulangkan jer duit..settle
Begitu lah bila syaitan dan pengikut dajal mula berkeliaran dimuka bumi untuk menyambut ketibaannya. Teruskan usaha., tapi ingat mati itu pasti, azab kubur itu pasti. Jangan ingat makan DAGING BABI saja haram. Pekerjaan dan tanggungjawab yg diseleweng juga dalam kategori HARAM
Perlu disiasat, biasanya ada pegawai2 SPRM yg korup coverup kes2 rasuah. Mereka ni agent terima rasuah untuk tutup kes rasuah