Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan ke 30 April 2023.

KAHERAH- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu hingga 30 April ini.

Lapangan Terbang Khartoum dalam kenyataannya berkata, CAA telah mengeluarkan notis kepada semua juruterbang berhubung pelanjutan tempoh penutupan ruang udara Sudan kepada semua trafik udara sehingga 30 April.

Tambah kenyataan itu lagi, Angkatan tentera Sudan akan memberi maklum balas terhadap sebarang pelanggaran perintah itu.

Semalam, Angkatan tentera Sudan bertempur dengan kumpulan paramilitary, Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum.

Angkatan tentera kerajaan menuduh RSF telah melancarkan serangan udara terhadap pangkalan mereka.

Panglima Angkatan Tentera Sudan, Abdel Fattah Burhan mengeluarkan perintah pembubaran RSF.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula Jumaat sempena cuti Aidilfitri.- BERNAMA-SPUTNIK