Antara perwakilan yang hadir pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10,000 perwakilan dari semua 13 parti gabungan Pakatan Harapan (PH) berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini bagi mengikuti Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Antara perwakilan parti yang hadir ialah Gagasan GRS, SUPP, PBRS, UPKO, PBS, PDP, MIC, DAP, PRS, MCA, UMNO, Amanah dan Keadilan.

Sesi pagi pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari menyaksikan dua sayap PH iaitu Wanita dan Pemuda bersidang manakala peringkat tertinggi bermula pukul 2 petang ini dengan ucapan pimpinan utama parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan Amanat Perdana pukul 5.30 petang.

Sebelum itu, perwakilan bakal mendengar ucapan daripada pimpinan utama parti masing-masing iaitu Anthony Loke, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hajiji Noor, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sepanjang konvensyen, tiga kertas kerja dibentangkan juga oleh pemimpin utama parti iaitu sesi pertama, Memperkasa Ekonomi Rakyat oleh Wong Chen, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sesi kedua, Membina Negara Bangsa disampaikan oleh Datuk Aaron Dagang, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Gobind Singh Deo.

Sesi ketiga, Malaysia Madani disampaikan Datuk Seri Masidi Manjun, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Senator Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Manakala perbahasan Wanita PH pula menampilkan Datuk Redonah Bahanda, Kho Teck Wan, Zainon Kayum Khan, Mohina Sidom, Datin Malianah Ugau, Dr. Florince Christy, Datuk Mohamad Muniandy, Chong Eng, Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Wong You Fong dan Fadlina Sidek.

Ucapan pimpinan utama Wanita disampaikan oleh Pemangku Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua; wakil Wanira Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Flovia Ng; Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah; Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; dan Ketua Wanita PH, Aiman Athirah Sabu.

Konvensyen Pemuda PH melibatkan dua kertas kerja iaitu sesi pertama, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi; Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim; Ketua Pemuda Amanah, Senator Mohd Hasbi Muda; dan Ketua Pemuda PBRS Pusat, Prof. Madya Dr. Edwin Laimin.

Sesi kedua melibatkan penyampai, Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong; Ketua Pemuda MIC, Raven Kumar; Ketua Pemuda UPKO, Felix Joseph Saang; dan Ketua Wanita Muda Amanah, Nurthaqaffah Nordin. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.