perkhidmatan bantuan guaman Azalina UMNO
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Menteri-menteri UMNO akan membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok selepas keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, UMNO akan kekal terus berjuang menegak dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Penyelesaian yang menyeluruh perlu dibincang dan dicapai, termasuk pendekatan perundangan yang kukuh merangkumi rujukan perkara ini ke Mahkamah Persekutuan selain pendekatan bukan perundangan,” tegas beliau.

Artikel berkaitan: Pembela kecam tindakan kerajaan tarik balik rayuan kes kalimah Allah

Isu kalimah Allah: PGSM harap kerajaan teruskan rayuan

Kalimah Allah: Nota keputusan tarik balik rayuan dikemuka kepada jemaah menteri

Sultan Selangor, Johor bertitah supaya rayu kes kalimah Allah – Zulkifli

ABIM gesa penjelasan isu penarikan semula rayuan kes kalimah Allah

Kalimah Allah: Beri penjelasan atau kami ‘turun ke jalan’ – Akmal

Kerajaan mesti jelaskan kenapa tarik balik rayuan kes kalimah Allah – MACSA

Tarik balik rayuan kes kalimah Allah tak sepatutnya berlaku – Lukman

Kalimah Allah: Mudah bertukar agama kerana Bible-Quran dianggap sama – Marzuki

Wira Putra kecam pendirian kerajaan tarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah

Kalimah ‘Allah’ hanya terpakai di Sarawak – PM

Kalimah Allah: Kerajaan perlu betulkan kekhilafan Mahkamah Tinggi – Majlis Ulama UMNO

Azalina berkata, isu penggunaan kalimah Allah hendaklah dikendalikan dengan penuh cermat kerana ia melibatkan sensitiviti agama, kebebasan beragama dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Dalam hal ini, tambahnya, penelitian yang lebih mendalam diperlukan untuk menangani isu ini secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Allah melarang keras perkahwinan sejenis, tetapi dikatakan ugama mereka kini telah membenarkannya? Takut2 salahguna kalimah tersebut semasa upacara perkahwinan kah..kah..kah..

Comments are closed.