Home Nasional Kepulan asap di Bilik High Voltage tidak jejaskan operasi HSA

Kepulan asap di Bilik High Voltage tidak jejaskan operasi HSA

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon mengesahkan insiden kepulan asap yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam berpunca dari Bilik High Voltage yang terletak di antara bangunan induk dan bangunan Poliklinik HSA.

Namun ia tidak menjejaskan operasi hospital berkenaan.

Malah, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda berlaku.

Katanya kebakaran itu juga berpunca dairpada Sistem Pemadaman Kebakaran Jenis Aerohub (UPU) yang telah menyebabkan gas aerosol dibebaskan.

Sistem UPS dan Janakuasa Tunggu Sedia hospital berada dalam keadaan baik dan berfungsi untuk memastikan perkhidmatan berjalan lancar.

“Pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) mengambil maklum berkaitan dengan artikel di portal codeblue yang tular di media sosial berhubung dengan insiden kepulan asap di Bilik High Voltage yang terletak di antara bangunan induk dan Bangunan Poliklinik HSAJB semalam.

“Pengurusan HSAJB dan syarikat konsesi telah menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menutup bekalan elektrik ke Punca Bekalan Mask Utama Elektrik (Main Intake No.1) bagi menjalankan siasatan lanjut pada punca pengaktifan sistem pemadam kebakaran jenis Aerohub ini untuk memastikan keselamatan fasiliti HSAJB, katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Kata Tian Soon, pihak pengurusan dan jurutera HSA, syarikat konsesi serta TNB telah mengambil langkah awal dengan memeriksa dan mengenal pasti punca kejadian.

Beliau turut memberitahu, pengurusan hospital juga sentiasa cakna dan akan berusaha memastikan keselamatan tempat bertugas semua anggota serta gangguan pada aktiviti perawatan pesakit menjadi keutamaan HSA.- MalaysiaGazette