KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle menafi dakwaan suaminya, Farid Kamil, 42, berhubung penerimaan lapan bentuk cincin yang diberikan baru-baru ini.
Menurut Diana, 32, dia menolak pemberian cincin itu yang diberikan melalui peguamnya sebelum ini.
Namun yang terbaru katanya, Farid menggunakan anak lelaki mereka untuk menyerahkan cincin itu
“Sebenarnya, saya tidak menerima ‘lapan cincin’ itu. Dia memberikan kepada anak lelaki dan memberitahu untuk menyerahkan kepada saya.
“Saya tidak selesa mengenai perkara ini dan memilih tidak memberikan sebarang reaksi.
“Saya pernah menolak cincin tersebut melalui peguam, tetapi dia menggunakan anak lelaki dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya,” tulis di media sosial miliknya.
Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua anak itu mengingatkan Farid agar tidak mengulangi tindakan tersebut dan menggunakan anak-anak sebagai perantaraan.
“Jadi, sekarang orang sudah tahu mengenai perkara itu, jadi tolong jangan serahkan sebarang hadiah menerusi anak-anak lagi,” katanya.
Semalam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Farid memberitahu, dia tetap mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Diana sejak 11 tahun lalu.
Malah aktor terkenal itu berkata, Diana turut menerima hadiah pemberiannya berupa enam bentuk cincin dan dua utas rantai yang diserahkan melalui anak-anaknya. – MalaysiaGazette