Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – UMNO tidak terkejut sekiranya penyokong Perikatan Nasional (PN) mula mempertahankan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apatah lagi pemimpin MUDA itu kini beralih arah daripada kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun MUDA salah satu daripada 19 parti dalam Kerajaan Perpaduan namun tiada jaminan mana-mana komponen akan kekal dalam kerjasama politik.

“Dalam politik tiada kawan kekal dan tiada musuh kekal,” ciapnya di akaun Twitter hari ini.

Rabu lalu, MUDA yang diterajui Syed Saddiq mahu mengambil pendirian untuk bergerak solo dan enggan bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos ini.

Ia susulan permohonan MUDA untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PH melalui tiga surat permohonan yang dihantar sebelum ini tidak mendapat maklum balas positif.

Syed Saddiq juga berasal kesal kerana MUDA seolah-olah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab bahawa beliau tidak ada masa untuk membaca surat-surat tersebut. – MalaysiaGazette