Lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya masih dirawat di HSA, Johor.

KUALA LUMPUR – Polis Kota Tinggi sedang mengesan waris lelaki berumur lingkungan 50an yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 12 Julai lalu di KM 41.5 Jln Johor Bahru – Mersing.

Mangsa dipercayai bukan Islam.

Menurutnya, mangsa dilaporkan berjalan kaki di kawasan tersebut sekitar jam 10.30 malam sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan.

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri bersamanya.

Mangsa masih tidak sedarkan diri dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor.

Sesiapa yang mengenali mangsa, boleh salurkan maklumat kepada pegawai penyiasat SM Halimahton binti Azali di talian +60175776394 atau Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi melalui talian 078837222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dapatkan cap jarinya untuk dicari identity dirinya oleh JPN dan kedutaan-kedutaan asing dan bukan macam kes tuntutan warganegara tempatan oleh si Wong selepas emaknya pati kosongan dah lama mati tanpa pernah didapatkan cap jarinya.

Comments are closed.