Lebih 10,000 rakyar Sabah menghadiri Program Santai Kaamatan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM – Program Santai Kaamatan Negeri Selangor mencatat sejarah tersendiri apabila dihadiri lebih 10,000 pengunjung yang majoritinya rakyat Sabah yang bermastautin di negeri ini.

Pengerusi Penganjur yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata, kehadiran pengunjung yang luar biasa itu memperlihatkan program itu amat dinantikan oleh rakyat Sabah sebagai simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Menurut beliau, perayaan Kaamatan di perantauan pasti menjanjikan pengalaman yang baharu bagi anak Borneo yang tidak dapat pulang ke kampung halaman,

“Apa yang pastu program Santai Kaamatan dapat memupuk semangat kekitaan dan perpaduan pasti dapat diwujudkan apabila berada di perantauan.

“Sedikit sebanyak mengubat kerinduan dan keinginan meraikan Kaamatan bersama keluarga.

“Malah saya difahamkan ramai orang Sabah yang tinggal atau bekerja di Selangor dan ada yang sudah berada di negeri ini lebih 15 tahun di negeri ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Parlimen Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahada.

Bagi memeriahkan lagi program Santai Kaamatan itu beberapa artis tempatan Sabah diundang membuat persembahan khas termasuk Francis Landong, Ampal dan George Lian.

Sementara itu, Kaamatan adalah perayaan yang berjaya mengangkat martabat budaya dan adat resam suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus di Sabah.

Mengulas lanjut, Peter yakin rakyat Sabah yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini akan memilih Kerajaan Perpaduan bagi mengekalkan kestabilan politik.

Beliau menambah, pertukaran kerajaan hanya merencatkan pembangunan sesebuah negeri kerana dasar akan bertukar setiap kali beralih pentadbiran baharu. – MalaysiaGazette