Foto: Facebook Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Sebuah bangunan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, yang telah terbiar lebih 20 tahun, akan dibuka semula dalam usaha membantu mengurangkan kesesakan di kawasan poliklinik hospital itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan bangunan berkenaan dilihat akan membantu dan memberi keselesaan kepada petugas-petugas di hospital itu, dengan beberapa cadangan telah dikemukakan dan dipersetujui agar bangunan yang terbiar itu digunakan.

“Antara cadangan ialah bahagian unit pentadbiran akan dipindahkan ke bangunan ‘Sister Mess’ dan ruang bahagian pentadbiran sedia ada akan dinaik taraf menjadi Klinik Kardiotorasik dan Klinik Pembedahan Plastik.

“Bilik ekokardiogram atau lebih dikenali sebagai echo akan diletakkan sekali dengan Klinik Kardiotorastik yang baharu bagi memudahkan pesakit menjalani rawatan,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Awal bulan lepas, kerajaan negeri telah menyatakan komitmennya untuk mencari jalan dalam menangani isu kesesakan pesakit di HSA dan Hospital Sultan Ismail. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast