Wan Ahmad Fayhsal ADUN Ijok gimik politik puad zarkashi MPN demokrasi UMNO nor salwani Kerajaan Perpaduan Kit Siang Rafizi ringgit SPRM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan politik Pas yang didakwa melanggar syarat Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, sikap tidak Islamik itu dapat dilihat melalui tuduhan menerima dana hasil perjudian dan kegiatan membeli undi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohd Puad memberi contoh keputusan mahkamah baru-baru ini yang membatalkan kemenangan Pas di kerusi Parlimen Terengganu serta keceluparan mulut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Pas juga langgar Perlembagaan Persekutuan. Mulut Sanusi yang celopar hina Sultan Selangor memang langgar Perlembagaan.

“Masalahnya Pas biarkan tabiat buruk Sanusi. Itu subahat.

“Politik Pas memang songsang. Pas yang banyak langgar syarat. Pas perlu cermin diri sendiri,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhammad Sanusi dalam siaran podcast Keluar Sekejap yang mempertahankan kerjasama antara Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu adalah bersyarat iaitu selagi DAP tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum itu, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mengendalikan podcast tersebut bertanya kepada Muhammad Sanusi mengapa beliau menuduh UMNO ‘memberi walak’ kepada DAP sedangkan Pas juga pernah bekerjasama dengan DAP.

Khairy turut membalas kenyataan Muhammad Sanusi dengan menyatakan kerjasama antara UMNO dan DAP juga bersyarat iaitu selagi DAP tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pokcik Puad nak tau ke nape MP Kuala Terengganu PAS tidak merayu pembatalannya? itu kerana mesej rakyat suruh PRK diadakan dan MAHU UMNO jalan “MENYONSANG” selesai keputusan.. PKR PAN tidak mahu menambah MALU.. so menjawab lah nanti ya ..

Comments are closed.