Salah satu kebakaran yang melanda Greece. foto Facebook

ATHENS – Greece sedang bersiap sedia untuk menghadapi gelombang haba yang lebih terik hujung minggu ini, dengan pakar meteorologi memberi amaran bahawa suhu boleh naik setinggi 45°C (113F).

Sehubungan itu orang ramai telah dinasihatkan untuk tinggal di rumah.

Manakala kawasan pelancongan termasuk tapak warisan kuno Acropolis akan ditutup dalam dua hari akan datang.

Ia boleh bertukar menjadi hujung minggu Julai paling panas di Greece dalam tempoh 50 tahun, kata salah seorang ahli meteorologi terkemuka negara itu.

Sementara itu, anggota bomba terus memerangi berpuluh-puluh kebakaran hutan.

Jabatan kecemasan dan perlindungan awam memberi amaran tentang risiko kebakaran baharu yang sangat tinggi di seluruh negara.

Attica Barat – di sebelah barat Athens adalah antara kawasan yang paling teruk dilanda kebakaran, selain Laconia di selatan Peloponnese dan Pulau Rhodes.

Kesatuan Eropah (EU) telah memberikan bantuan, termasuk pesawat pemadam kebakaran dari Perancis dan Itali serta lebih 200 anggota bomba dari Poland, Slovakia, Romania dan Bulgaria.

Negara jiran Turki juga menghantar beberapa pesawat untuk membantu.

Greece seperti beberapa negara Eropah yang lain sedang mengalami musim panas melampau yang berpanjangan awal bulan ini.

Gelombang haba di kebanyakan bahagian dunia muncul ketika musim pelancongan paling sibuk.

Dalam buletin terbaharunya, Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan Hellenic (HNMS) memberi amaran wilayah tengah dan timur Greece mungkin akan melihat suhu mencecah 44C pada hari Sabtu.

Dan ia meramalkan hari Ahad yang lebih panas, dengan 45C mungkin di tengah Greece. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast