KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 31 Ogos hingga 6 September 2023 dikekalkan, kata Kementerian Kewangan.

Sepanjang tempoh tersebut, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Kementerian Kewangan menambah, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette