BAKU – Letupan di depoh bahan api di Nagorno-Karabakh Azerbaijan telah membunuh 20 orang dan mencederakan ratusan lagi, kata pihak berkuasa Armenia tempatan.

Hampir 300 orang telah dimasukkan ke hospital, dengan berpuluh-puluh daripada mereka “masih dalam keadaan kritikal”.

Kejadian ini berlaku ketika 13,350 pelarian menyeberang masuk ke negara ini.

Wilayah Nagorno-Karabakh yang menjadi pertikaian adakah ‘rumah’ kepada majoriti kira-kira 120,000 etnik Armenia.

Masih belum jelas punca letupan yang berlaku pada petang Isnin di bandar utama Stepanakert.

Ombudsman Hak Asasi Manusia, Gegham Stepanyan menulis di media sosial berkata, keadaan kesihatan majoriti adalah teruk atau sangat teruk.

“Kapasiti perubatan Nagorno-Karabakh tidak mencukupi,” katanya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, pegawai tempatan berkata, 13 mayat tidak dikenali ditemui di tempat kejadian dan tujuh lagi meninggal dunia di hospital.

Sejak Azerbaijan merampas Nagorno-Karabakh minggu lalu, beribu-ribu orang telah meninggalkan kawasan itu selepas Kerajaan Armenia di Yerevan mengumumkan rancangan untuk memindahkan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran. – Agensi