KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 bagi tempoh 28 September 2023 hingga 4 Oktober 2023 masing-masing kekal pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.

Turut dikekalkan harga runcit diesel iaitu RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, pengekalan harga runcit bahan api itu bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette