KUALA LUMPUR – Penjaga gol Terengganu FC, Mohd Suhaimi Husin merupakan muka baharu yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon sebagai persiapan menghadapi Pestabola Merdeka 2023, bulan ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan tiga lagi pemain dipanggil ke latihan itu adalah daripada skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan yang beraksi dalam Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand, bulan lalu.
Mereka adalah Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Hamzah Laine.
FAM memaklumkan Pan Gon mengekalkan 21 daripada 25 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China di Chengdu, China, pada 6 dan 9 Sept lalu.
FAM memaklumkan latihan berkenaan akan bermula Jumaat ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada 13 Okt dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada 17 Okt.
Berikut senarai 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya:
Sementara 27 pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan dalam senarai di atas: