Wan Surya Wan Mohd Radzi

KUALA LUMPUR – Penyata kewangan negara stabil meskipun hutang meningkat, kata Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Menurutnya, peningkatan prestasi kewangan seiring dengan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Saya ingin tegaskan bahawa penyata kewangan adalah stabil, malah jauh lebih baik berbanding tahun lepas.

“Ya hutang meningkat tetapi pada masa yang sama hasil dan prestasi kewangan kita juga meningkat, begitu juga KDNK,” katanya pada sidang media bagi mengulas Laporan Ketua Negara 2022 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2022 dan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan di lobi Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Shu Qi.

Menurutnya, hutang tidak dapat dielakkan kerana negara ini  memerlukan lebih banyak wang untuk program dan ia juga membolehkan untuk menggunakan pinjaman dan pembayaran balik.

“Secara keseluruhannya, ia lebih baik daripada tahun lepas dan ia stabil,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, laporan tersebut menyebut hutang kerajaan pada tahun lalu meningkat kepada RM1.079 trilion berbanding RM979.814 bilion pada tahun 2021.

Wong berkata, walaupun hutang melebihi RM1 trilion namun jumlahnya masih di bawah had statutori iaitu 57.6 peratus kepada KDNK.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast