Datuk Seri Mohamad Sabu

KLANG – Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Industari Asas Tani mendapat kedudukan kelapan dalam undian Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang berlangsung hari ini.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mendapat undi paling tinggi iaitu 900 diikuti Khalid Abd. Samad (899), Azli Yusof (755), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (699), Datuk Mahfuz Omar (694), Suhaizan Kayat (692) dan Adly Zahari (682).

Kira-kira 1,008 perwakilan terlibat dalam proses pemilihan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah bagi 2023/2026.

Bagi jawatan Speaker pula, Azhar Shukur Ez Qurbai mendapat undian tertinggi iaitu 509 manakalan jawatan timbalan speaker dimenangi oleh Onn Jaafar (426 undi).

Ketika ini, 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah bagi 2023/2026 sedang bermesyuarat bagi memilih lima individu untuk jawatan tertinggi iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Menurut perlembagaan Parti Amanah, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang dipilih oleh perwakilan.

Keputusan penuh pemilihan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah:

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (900)
Khalid Abd. Samad (899)
Azli Yusof (755)
Datuk Seri Mujahid Yusof (699)
Datuk Mahfuz Omar (694)
Suhaizan Kaiat (682)
Adly Zahari (643)
Mohamad Sabu (613)
Datuk Dr. Hasan Bahrom (595)
Dr. Siti Mariah Mahmud (584)
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (555)
Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (549)
Muhammad Faiz Fadzil (527)
Mohd. Sany Hamzan (520).
Anfal Saari (515)
Izham Hashim (512)
Datuk Dr. Ismail Salleh (489)
Ahmad Sabki Yusof (467)
Lahirul Latigu (465)
Dr. Ahmad Termizi Ramli (462)
Datuk Asmuni Awi (457)
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (442)
Ridzwan Abu Bakar (425)
Datuk Sofi Wahab (423).
Wan Anwar Wan Ibrahim (388)
Dr. Muhaimin Sulam (383)
Abang Ahmad Kerdee Ahmad Masagus (377). – MalaysiaGazette