Sheikh Hasina (dua dari kiri) meraikan kemenangannya.

DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina telah memenangi penggal keempat berturut-turut dalam pilihan raya yang penuh kontroversi.

Hasina akan berkhidmat lima tahun lagi selepas partinya Liga Awami dan sekutunya memenangi 223 daripada 300 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Dengan pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh memboikot pengundian, parti Hasina dan sekutunya dijangka memenangi kerusi yang berbaki.

Bangladesh Nationalist Party (BNP) pula mendakwa pungutan suara itu adalah palsu.

Keputusan pilihan raya yang diumumkan pada hari Ahad selepas penahanan besar-besaran pemimpin dan penyokong BNP.

Angka rasmi mencadangkan peratusan keluar mengundi yang rendah kira-kira 40%, walaupun pengkritik mengatakan angka itu mungkin meningkat.

Sebagai perbandingan, pilihan raya lepas pada 2018 mempunyai peratusan keluar mengundi melebihi 80%.

Penganalisis politik Badiul Alam Majumder memberitahu BBC bahawa suruhanjaya pilihan raya meningkatkan jumlah keluar mengundi. “Daripada sumber dan laporan media yang berbeza, kita lihat peratusan keluar mengundi (disediakan suruhanjaya pilihan raya) tidak sepadan dengan realiti,” katanya.

Parti bebas, hampir kesemuanya dari Liga Awami, memenangi 45 kerusi dan Parti Jatiya memenangi lapan kerusi.

Keputusan dijangka diumumkan secara rasmi pada hari Isnin.

Ia adalah penggal kelima secara keseluruhan untuk Hasina, yang pertama kali menjadi perdana menteri pada 1996 dan dipilih semula pada 2009, kekal berkuasa sejak itu.

“Saya cuba sedaya upaya untuk memastikan demokrasi perlu diteruskan di negara ini,” katanya kepada pemberita ketika mengundi. – Agensi