Faisal Halim (kanan). Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih jaringan menarik pemain Harimau Malaya, Faisal Halim ketika aksi menentang Korea Selatan 25 Januari lepas pada Kejohanan Piala Asia 2023 Qatar antara lapan calon Gol Terbaik Kejohanan.

AFC menerusi kenyataan memaklumkan gol pemain yang turut dikenali sebagai Mickey itu tersenarai daripada 132 gol dijaringkan menerusi 51 perlawanan pada saingan tersebut yang berlangsung dari 10 Januari hingga 10 Februari lalu.

Penyerang sayap itu mengiringi tujuh jaringan pemain lain antaranya pemain Jepun Keito Nakamura ketika menentang Vietnam (14 Januari), pemain Arab Saudi Abdulrahman Ghareeb menentang Oman (16 Januari), pemain tuan rumah Qatar Hassan Al Haydos menentang China (22 Januari) dan pemain Thailand Supachok Sarachat menentang Uzbekistan (30 Januari).

Jaringan gol lain membabitkan pemain Jordan, Mousa Al Tamari menentang Korea Selatan (6 Februari), pemain Korea Selatan Son Heung-min menentang Australia (2 Februari) dan pemain Iran Sardar Azmoun menentang Qatar (7 Februari).

Orang ramai boleh menghantar undian masing-masing pada laman sesawang https://www.the-afc.com.

Bulan lalu,anak buah Kim Pan-gon mencipta kejutan dengan meraih keputusan seri 3-3 ketika berdepan Korea Selatan namun perlawanan itu kekal terpahat dalam memori orang ramai yang kagum melihat jaringan pemain sayap, Faisal pada minit ke-51 permainan.

Selepas menerima bola dalam kotak penalti lawan, penyerang bertubuh kecil itu bijak mengelirukan bek tengah, Kim Min-jae serta penjaga gol, Jo Hyeon-woo.

Gerakan berkenaan turut disudahkan dengan sepakan mengelirukan daripada Faisal yang yang diangggap berkualiti. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast