Atlet UiTM Cawangan Selangor (UCS) yang menyertai Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) kali ke-29 tahun 2024.

KUALA LUMPUR – UiTM Cawangan Selangor (UCS) terus mengukuhkan kedudukan sebagai juara bertahan dengan kemenangan sembilan tahun berturut-turut.

Semangat juang tidak pernah luntur dalam kalangan atlet UCS yang sekali lagi melakarkan namanya dalam sejarah dengan kemenangan gemilang pada Karnival Sukan Mahasiswa (Karisma) kali ke-29 tahun 2024.

KARISMA 2024, yang berlangsung selama 9 hari bermula 25 Februari hingga 4 Mac 2024 di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, melibatkan 14 kontijen dari seluruh UiTM.

UiTM Cawangan Selangor muncul sebagai juara keseluruhan dengan mengumpul 28 pingat emas, 14 perak, dan 12 gangsa.

Kemenangan ini diraikan dengan penuh kebanggaan oleh Rektor UCS, Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman dalam majlis penutup yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Yamin Yasin, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Kejayaan ini tidak hanya menandakan kecemerlangan atlet, tetapi juga semangat kesukanan yang berkobar di kalangan komuniti UCS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast