Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Berang tidak dapat menggunakan motosikal dipercayai menjadi punca seorang lelaki melibas abang kandungnya dengan sebilah parang sehingga cedera parah di Kampung Nelayan Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian 8.47 malam itu, suspek berusia 27 tahun melibas abangnya, 33 tahun menggunakan parang sepanjang 0.45 meter sehingga cedera parah di tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, laporan mengenai pergaduhan dua beradik itu diterima anggota bertugas di Balai Polis Kuala Sungai Baru.

Superintendan Ashari Abu Samah

“Mangsa memohon bantuan apabila apabila adik lelakinya berusia 27 tahun mengamuk di rumahnya dengan memukulnya menggunakan sebatang kayu sehingga terkena tangan serta merosakkan motosikalnya.

“Anggota kemudian telah ke rumah mangsa untuk menahan suspek, namun lelaki tersebut bertindak lebih agresif dengan menyerang mangsa menggunakan parang.

“Kejadian mengakibatkan urat jari kiri mangsa putus sehingga tiga jarinya tidak dapat digerakkan dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa kini dirawat di hospital.

Tambahnya suspek yang tidak bekerja bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis selepas kejadian itu dan akan direman pagi ini.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu dan polis turut merampas sebilang parang sepanjang 1.5 kaki (0.45 meter) yang dipercayai digunakan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast