Seorang kakitangan Hospital Melaka maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang keluar simpang secara melulu di persimpangan Kampung Paya Tanjung, Jalan Melaka-Muar, Jasin malam tadi.

JASIN – Seorang kakitangan Hospital Melaka maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang keluar simpang secara melulu di persimpangan Kampung Paya Tanjung, Jalan Melaka-Muar di sini malam tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa Mohd Azlan Ramli, 39, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pernu, Serkam selepas tamat bertugas shif petang.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa sedang bergerak di laluan lurus merempuh sebuah SUV yang keluar simpang secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi

“SUV jenis Honda HRV dipandu lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai keluar simpang untuk membelok ke kanan menuju ke Tampin tanpa memastikan keadaan yang selamat menyebabkan berlakunya nahas.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak tercampak dan di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Jamil Radzi

Tambahnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat manakala pemandu SUV berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast