LOS ANGELES – Datuk Bandar Los Angeles Karen Bass mengisytiharkan perintah berkurung semalaman di tengah-tengah bandar pada petang Selasa dalam usaha untuk menghalang protes yang semakin memuncak.
Menurutnya, tindakan itu dilaksanakan untuk menghentikan vandalisme dan rompakan.
Perintah itu berkuat kuasa pada jam 8 malam hingga 6 pagi dan berlangsung selama beberapa hari.
“Jika anda tidak tinggal atau bekerja di pusat bandar Los Angeles, elakkan kawasan itu,” tulis Bass di X.
Sepanjang penguatkuasaan undang-undang itu, pihak berkuasa akan menangkap individu yang melanggar perintah berkurung, dan mereka akan didakwa.
Perintah berkurung juga akan berkuat kuasa dalam kawasan kira-kira satu batu persegi (kilometer) di pusat bandar yang merangkumi Bangunan Persekutuan Edward R. Roybal dan Dewan Bandaraya Los Angeles.
Protes mula memuncak selepas Presiden Donald Trump melancarkan usaha agresif mengusir pendatang yang menetap secara haram di negara itu.
Serentak itu serbuan oleh Agensi Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) bagi mengenal pasti pendatang tanpa izin di pusat bandar Los Angeles pada 7 Jun telah mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan.
Semasa menyampaikan ucapan di Fort Bragg, Trump berjanji untuk membebaskan” bandar kedua terbesar AS daripada pendatang sing.
Protes besar-besaran itu menyebabkan kerosakan harta benda kerana banyak premis perniagaan dan kediaman dibakar. – Agensi
















