Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mempertikaikan cadangan supaya Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Sayap parti tersebut berkata,  pertikaian tersebut seolah-olah menggambarkan Ahli Parlimen DAP itu meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara.

“Lim perlu faham bahawa ini bukan sekadar cadangan UMNO, sebaliknya ia berpaksikan kepada Titah Adendum yang telah diperakui sendiri oleh pihak Peguam Negara di mahkamah.

“Ia dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan negara, bukan atas kehendak politik atau sewenang-wenangnya.

“Dengan menyanggah titah ini, adakah Lim Lip Eng meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara?,” soalnya.

Terdahulu, Pemuda UMNO menerusi kenyataan hari ini menyambut baik pengakuan Peguam Negara berhubung kewujudan Titah Adendum.

Sehubungan itu katanya, ia perlu  dilaksanakan dengan segera tanpa sebarang alasan.

“Pengakuan oleh Peguam Negara berhubung kewujudan Titah Adendum selepas ditanya oleh Hakim Mahkamah Persekutuan adalah sesuatu yang amat mengejutkan, lebih- lebih lagi selepas pelbagai polemik dan penafian sebelum ini,” jelasnya.

Menurut Pemuda UMNO, keengganan untuk melaksanakan titah tersebut  satu gambaran penderhakaan serta penghinaan terhadap institusi Raja.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kau cina menumpang di tanah melayu. siapa kau nak sanggah titah YDPA. kurang ajar kau ni.

Comments are closed.