Gambar hiasan

KLANG – Seorang bekas pengarah syarikat pengendali umrah, Emraz Travel and Tours Sdn. Bhd. (Emraz Travel) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, hari ini atas dua pertuduhan salah guna harta termasuk wang bayaran pakej umrah, dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Zulkarnain Endut, 44, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat atas pertuduhan salah guna harta iaitu wang tunai berjumlah RM27,960.20 milik seorang lelaki berusia 45 tahun di Jalan Tanjung Shawal antara 1 Februari hingga 28 Julai 2023.

Dia mahkamah berasingan, dia mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nor Azilah Mat atas pertuduhan menyalahgunakan wang bayaran tunai berjumlah RM21,000 milik pelanggan untuk pakej umrah Emraz Travel yang gagal dilaksanakan antara 23 Februari hingga 9 Mac tahun lalu di Bandar Sultan Suleiman.

Bagi pertuduhan ini, Zulkarnain didakwa bersama seorang lagi individu yang masih bebas.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2023/05/23/pelanggan-emraz-yang-terjejas-akan-dapat-balik-wang-mereka/

https://malaysiagazette.com/2024/03/19/emraz-travel-tours-pengarah-didakwa-gagal-bayar-tuntutan-bakal-jemaah-umrah/

Zulkarnian menghadapi kedua-dua pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, sebat dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salman Alfarisi Nawawi dan Ahmad Sulfie Abu Hassan masing-masing mencadangkan jaminan RM10,000 dan RM15,000.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan RM8,500 dan sebutan semula kes 24 September depan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast