Kenyataan media oleh 14 Ketua Cabang Keadilan Pahang

KUANTAN – Semua 14 Ketua mengingatkan agar rakyat berhenti bertelagah dan berbahas mengenai isu Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memohon semua pihak agar akur dan menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertarikh 28 Februari 2025 agar menghentikan perbahasan tentang isu ia kerana ia telah dibawa ke mahkamah.

”Kami menegaskan sebarang usaha untuk membicarakan semula perkara ini termasuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan bersendirian adalah satu usaha yang membelakangkan Perlembagaan negara.

”Tindakan bertentangan menunjukkan tidak menghormati proses undang-undang, tidak matang dan berbentuk campur tangan politik dalam pentadbiran mahkamah, sekaligus membelakangi titah Tuanku Sultan Pahang sendiri.

”Kami menyeru seluruh rakyat agar menjunjung titah Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang yang dinyatakan di atas demi menghormati proses di mahkamah yang sedang berjalan dan seterusnya dapat memelihara keharmonian dan perpaduan di negara ini,” katanya menerusi kenyataan bersama, hari ini.

Katanya, sebagai rakyat, terutamanya rakyat Pahang harus menjunjung kasih dan menumpahkan taat setia kita terhadap Sultan Pahang sebagai payung pemerintah negeri.

Ujarnya, PKR memberi sokongan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau akan terus berpegang kepada prinsip untuk tidak akan mencampuri urusan mahkamah, namun bersedia memberikan penjelasan kepada pimpinan-pimpinan UMNO di dalam isu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast