NE YORK – Lima orang maut selepas bas pelancong yang pulang dari Air Terjun Niagara terlibat dalam nahas di lebuh raya di barat New York.
Menurut saksi kejadian, kenderaan itu hilang kawalan dan berpusing di loasi kira-kira 64 kilometer dari Air Terjun Niagara, destinasi pelancongan utama di sempadan Amerika Syarikat-Kanada.
Kebanyakan daripada 52 orang di atas bas adalah pelancong dari India, China dan Filipina.
Ada mangsa yang tercampak dari kenderaan, dan yang lain terperangkap di dalam serpihan selama beberapa jam, kata polis.
Kebanyakan mangsa tidak memakai tali pinggang keledar.
Punca nahas tidak diketahui dan pihak berkuasa menggesa pemandu lain yang mempunyai rakaman kamera pemuka tampil ke hadapan.
Ambulans dan helikopter perubatan dihantar ke lokasi nahas.
Penterjemah dan peranti terjemahan telah dibawa ke tempat kejadian dan hospital untuk membantu siasatan.
Bagaimanapun, kegagalan mekanikal serta gangguan pengendali telah diketepikan daripada siasatan pada masa ini.
“Pengendali telah memberi Kerjasama. Tiada pertuduhan telah difailkan pada ketika ini,” katanya.
Bas itu dikatakan hilang kawalan, berpusing dan kemudian tergelincir ke dalam parit, menurut polis.
Penumpang berusia antara satu hingga 74 tahun.
Dua puluh empat pesakit dewasa dimasukkan ke satu hospital tempatan, dan doktor mengatakan mereka dijangka pulih sepenuhnya.
Hospital kawasan lain turut menerima pesakit, dan mangsa yang berumur bawah 16 tahun yang terselamat dibawa ke hospital kanak-kanak.
Seorang saksi memberitahu The Buffalo News, dia melihat sebuah bas terhempas di sisinya dan barang-barang berselerak di atas jalan raya.
“Terdapat kaca dan barangan di seluruh jalan. Tingkap semuanya pecah. Semua orang kelihatan sedar dan OK, tetapi saya hanya melihat adegan itu selama kira-kira 15 saat,” ,” kata Powell Stephens, yang memandu melepasi lokasi nahas.
ConnectLife, sebuah organisasi yang menyediakan bekalan darah kepada hospital pula merayu orang ramai untuk menderma darah.
“Komuniti kita sedang menghadapi krisis.Tindakan anda secara langsung dapat menyelamatkan nyawa,” kata jurucakapnya, Sarah Diina. – Agensi
















