ACP Sulizmie Affendy Sulaiman

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad awal pagi tadi berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penahanan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu, polis menahan tujuh individu termasuk seorang ketua pertubuhan ditahan susulan kekecohan ketika operasi pengosongan 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru pada Khamis.

Kesemua suspek berusia antara 15 hingga 50 tahun ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mencederakan Sulizmie Affendy.

Polis turut mengesahkan sebahagian daripada mereka mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan.

Setakat ini, tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Pemuda Pas kecam penahanan Ustaz Zaharudin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast