Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang, sebagaimana dilaporkan di Balai Polis Salak Selatan Baru, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan memaklumkan, menerusi laporan polis Salak, individu yang hilang dikenali sebagai Amirul Aslam Ariffin, berusia 26 tahun dan kali terakhir dilihat di alamat terakhirnya di Blok 8-1-9, Petaling Indah Condominium, Jalan 1C/149, Kuala Lumpur.

Lelaki itu mempunyai ciri-ciri fizikal berbadan kurus dan tinggi, berambut pendek, kerinting dan berwarna hitam, berkulit hitam manis, bermata kecil berwarna hitam, dengan ketinggian kira-kira 172 sentimeter dan berat lebih kurang 44 kilogram.

Difahamkan, lelaki itu tidak memakai cermin mata.

Sehubungan itu, polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan Amirul Aslam untuk menghubungi Sarjan Haziz Wahi di talian 012-2283812, Balai Polis Salak Selatan Baru di talian 03-7981 5053, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis juga menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast