Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mempengerusikan Sesi Khas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) mengenai DEFA bersama Menteri Ekonomi dan Perdagangan negara anggota ASEAN serta wakil Sekretariat ASEAN.

KUALA LUMPUR – Momentum untuk merealisasikan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) semakin kuat susulan kemajuan yang dicapai setakat ini, kata Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menegaskan, ia bukti nyata komitmen dan semangat kerjasama erat antara Negara-negara Anggota ASEAN.

“DEFA bukan sekadar tentang perdagangan dan inovasi digital. Yang lebih penting, ia bertujuan memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), syarikat pemula (start-up), serta komuniti di seluruh ASEAN dapat menikmati manfaat penuh daripada ekosistem digital yang dipercayai, selamat, inklusif dan saling beroperasi (interoperable).

“Dengan semangat konsensus, keterangkuman, dan manfaat bersama ASEAN, saya yakin kita mampu memuktamadkan DEFA menjelang tahun 2026,” katanya di Facebook hari ini.

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz mempengerusikan Sesi Khas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) mengenai DEFA bersama Menteri Ekonomi dan Perdagangan negara anggota ASEAN serta wakil Sekretariat ASEAN.

Sementara itu dalam ucapannya, DEFA berada di landasan tepat untuk dimuktamadkan pada tahun depan, sekali gus mengukuhkan peranan ASEAN dalam membentuk ekonomi digital global.Beliau berkata, tiada penandatanganan dijadualkan tahun ini kerana pemuktamadan penuh disasarkan pada 2026.

“Sasaran kami tahun ini adalah untuk memuktamadkan sebahagian besar rundingan, sekurang-kurangnya 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Sesi Khas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) mengenai DEFA bersama Menteri Ekonomi dan Perdagangan negara anggota ASEAN serta wakil Sekretariat ASEAN di sini.

Tambahnya, rundingan kini memberi tumpuan kepada isu utama seperti duti kastam ke atas penghantaran elektronik serta komitmen perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan lokasi kemudahan pengkomputeran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast