KUALA LUMPUR – Isteri pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri kembali mencetuskan spekulasi selepas dia memuat naik hantaran penuh emosi di media sosial seolah-olah memberi bayangan sedang mengharungi kemelut
rumah tangga.
Menerusi hantaran di InstaStory, Nur Syazwani menulis kata-kata penuh emosi dan seaolah-olah kecewa terhadap hubungan dalam perkahwinan.
“Perkahwinan bukan satu perjudian. Nak main game? Jom main.
“Patutlah layan aku macam sampah,” tulisnya dalam siri perkongsian itu di Instagram miliknya di sini hari.

Dalam perkongsian lain, Nur Syazwani turut berkongsi kata-kata hikmah tentang penipuan dan balasan yang akan diterima oleh individu terbabit sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai keadaan rumah tangganya.
Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada seorang anak itu memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Ketika itu, dia mendakwa ia bukan kali pertama dia diceraikan dan usaha untuk mempertahankan hubungan mereka nampaknya tidak berhasil kerana campur tangan pihak ketiga.
Namun pada 12 September lalu hubungan pasangan itu dipercayai kembali pulih apabila Faisal memuat naik foto bahagia bersama isterinya di media sosial.
Bagi menguatkan lagi khabar gembira itu, isterinya turut berkongsi semula foto berkenaan di InstaStory dengan menzahirkan rasa syukur.
Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan. – MalaysiaGazette
















