Foto: FB Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Selangor mencatat kutipan hasil tertinggi dalam sejarah iaitu mencecah RM3 bilion pada tahun lalu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, kutipan hasil itu merupakan antara pencapaian penting Selangor sepanjang tahun lalu, sekali gus membuktikan iltizam kerajaan negeri untuk mengurus negeri dengan berhemah, stabil dan berpaksikan manfaat kepada rakyat.

Selain itu, katanya, pencapaian di Selangor sepanjang tahun lalu juga termasuk tiada henti tugas bekalan air akibat pencemaran hasil pemantauan, penguatkuasaan dan tindakan pantas yang berterusan.

Amirudin Shari

“Ketiga, Selangor kekal sebagai negeri dengan nilai ekonomi serta sumbangan KDNK tertinggi di Malaysia,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Tambah Amirudin, Kerajaan Negeri Selangor berterima kasih kepada penjawat awam, agensi pelaksana, pihak berkuasa tempatan serta seluruh rakyat Selangor yang bersama menjayakan usaha di negeri itu.

“Insya-Allah, kita akan terus bekerja untuk memperkukuh ekonomi, memastikan perkhidmatan asas terjamin, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast